Biskut Makmur Takda Inti Kacang



Nak class sikit..letak dalam cawan kertas kecil
Salam sejahtera.  Bila mood berblog ke laut,  begini lah jadinya.  Seminggu satu entry.  Belum cukup parah tu jika nak dibandingkan satu entry untuk sebulan.  Hahaaa,  gelak ramai ramai pasal cik ahkak adalah salah sorang antara blogger suam suam kuku.  Meh sini cik ahkak hidangkan Biskut makmur takda inti kacang. Bukan kerana angin M tapi anak tekak suka kan makmur kosong gitew. Projek buat biskut lagi??..Biskut makmur tanpa inti kacang ni mudah saja nak buat..bahan-bahan pon senang nak cari..Pada saya biskut klasik nih memang lebih sedap jika dibandingkan dengan biskut moden sekarang nih walaupun bahan-bahannya simple saja..Satu persoalan..Biskut Arab tuh sama ke rasanya macam  biskut ni?..

1 tin kecil minyak sapi
2 cawan tepung gandum – disangai dan sejukkan
1 biji putih telur – dipukul sekejap
Gula aising secukupnya untuk salutan
**Cawan yang saya gunakan adalah yang bersukatan 250ml

1.Gaul minyak sapi, tepung dan putih telur hingga membentuk doh yang tidak lekat pada tangan.
2.Bentukkan bulat-bulat dan bakar pada suhu 110°c selama 10 minit. (Bergantung kepada jenis oven yang anda gunakan).
3.Sejukkan dulu biskut sebelum disalut dengan gula aising.

Popcorn Caramel

Salam sejahtera.  Mulakan hari mu dengan popcorn caramel.  Dah takda menu sarapan sihat lain lagi ke, cik ahkak?..
Ni benda yang buat cik ahkak bersemangat buat popcorn caramel sendiri.  Padahal kalo beli kat kedai yang siap masak lagi senang.  Saja nak test bakat menggoreng bijik jagung. Tips mudah buat popcorn..  1:1..maksudnya kalau 1 cawan popcorn,  1 cawan minyak masak.  Campur 2 bahan ni dalam kuali besar,  tutup dan tunggu sampai jagung tu meletops. Untuk caramel pula  2:1:1 , 2 bahagian gula perang,  1 bahagian gula castor dan 1 bahagian mentega/majerin. Semua bahan ni di kacau atas api perlahan sehingga gula tidak berketul kemudian tuang atas popcorn yang dah masak tadi hingga rata.


Ingat tu..

Pinjam kejap quote yang cik ahkak cedok dari fb.  Sangat menarik,  maksud mendalam.  Peringatan untuk diri sendiri dan anak-anak sekalian.  Sekian

Sakit tangan dan hati berganda

Salam sejahtera.  Sakit tak?  Sakit nya tuh di sini hokayyy!!.. Sakit berganda ganda awak. Tangan dan hati ini. Ayat kemain,  geram tau awak.  Tengah bersemangat nak sembelih buah labu,  gini jadinya.  Bila pisau stuck kat tengah-tengah buah labu cenggini,  nak tarik tak dapat,  nak tekan sampai bawah pon tak dapat.  Eeiii,.. penah tak terbayang bila tengah-tengah dalam usaha keluarkan pisau tu,.. Zzaaappppp!!!.. Terhiris jari ke tangan putus 8... Tak sanggup cik ahkak nak bayangkan.  Mintaakk jauhkan dari perkara gini. Siapa yang penah alami,  mesti paham kan bagaimana rasanya bila benda macam ni berlaku.  Lastly alternatif paling berkesan,  cik ahkak ketuk ketuk pisau tu guna alu.. Hahahaaa!!.. Dapat jugak pisau tu di keluarkan dengan jayanya,  boleh lah cik ahkak julang piala lepas ni.  Sekian.