All the way from Tavares, Florida US

Salam sejahtera. Cik ahkak gumbira, tersangat gumbira bersebab.. tu haaa, tengok.  Barang yang cik ahkak order dari Pakcik Danny, Florida dah selamat sampai.  Punya la banyak tempat dia singgah, dari Florida ke Miami, minum kopi jap kat Orlando pastu naik flight dan makan angin kat Dubai. Dari Dubai baru lah menyangkut kat Malaysia.  Hari tu kat email katanya dalam 28 August 2016 hingga 8 September barang akan sampai.  Lagi cepat, lagi bagus, 5 Stars dah cik ahkak tempek kat akaun seller eBay Pakcik Danny ni..hahahaa!!..
Ni lah drive belt untuk Bread Maker Elba BM8380 cik ahkak. Cerita pasal kerosakan biasa pada bread maker tu kira dah selesai. Lega nya yaa ampun, spare part dah sampai dengan cepat dan selamat.  Heh!?..Benda kecik macam ni je yang rosak tapi harga nya tuh, kesat aiklio cik ahkak jadinya.  Barang ni di hantar kat tempat cik ahbang kerja. Kalau guna alamat rumah.. tak yah tunggu, ke laut jawapnya sebab tau-tau je lah, nombor rumah kampung bukan macam cari alamat perumahan atau pejabat.  Lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak kejap bila cik ahbang wasap gambar drive belt tu.
Ni yang sangat gembira, dah dapat pasang balik. Semua kerja ni cik ahkak serah bulat-bulat buruknya perangai kat abang mekanik aka cik ahbang. Senyum sampai telinga la weehhh!!.. bread maker Elba cik ahkak dah pulih seperti sedia kala.  Siap gi testing dashboard ttiitt ttuuut ttiiit tttuuutt..kneading blade berpusing normal. Lega rasanya..  Nampak gayanya kalau ikut penggunaan ganas bread maker Elba cik ahkak ni , macam lebih kurang 2-3 tahun sekali kena tukar drive belt ni.  Tapi tak pa, alah membeli, menang memakai. Sekian.



Nangka + cempedak jadi..

Salam sejahtera. Agaknya sapa la yang "kawin" kan dua jenis buah ni jadi satu.. Isi nangkadak ni sedap, lunak, harum lagi gebu. Tapi dalam tu tak banyak isinya.. kurang dari 30 biji. Nak buat cucur ? Tak payah, kalau goreng lagi tak cukup, bagus makan macam tu saja..hihii..
Buah ni cik abang tanam sendiri lepas tu biar kan saja.  Sedar tak sedar, berjaya jugak mengeluarkan  buah walaupun sebijik.  Geram tau tengok isi nya tuhh. Bebudak lagi suka makan buah ni bila cik ahkak simpan dalam peti sejuk, lagi sedap.  Harapnya berbuah lagi la banyak lepas ni.   Hari Jumaat ni, korang masak apa eh?.  Cik ahkak tengah pikiran masak ke tidak masak ke tidakkkk. Bunyi macam pemalas  tapi sebenarnya tidak..kuikuikuiii!!..Sekian.

Kerosakan biasa pada bread maker

Ni foto memula SB guna bread maker Elba
Salam sejahtera. Lama tak keluar entry pasal bread maker kesayangan cik ahkak ni, si Elba.  Hari tu SB standby semua bahan untuk buat bread kosong. Dah susun elok dalam bread pan, check kneading blade okey semua pastu gi tit tuut tiit tuut, set semua pastu tekan button ON.  Bunyi pelik pulak keluar, bila buka penutup, adunan tak bercampur langsung, check kneading blade, HHAAHH?!!.. Tak berpusing langsung. Check dashboard sekali lagi, tiitt tuutt tiiit tuuut.. eh? okey pulak setting semua. Sedey tak sedey, lap aiklio jap cik ahkak tambah lagi peluh basah ketiak segala, belek atas bawah kiri kanan bread maker kesayangan ni. Takda pulak yang mencurigakan.  Mau taknya kena tunggu abang mekanik balik keja, sambil tu tengah susun ayat carik idea nak mengadu buruknya perangai cikahkak..kuikuikuii!!.. Dalam pada masa yang sama, cik ahkak gi pulak mengorek kat Pakcik Google sorang ni. Korek punya korekkkk...hhaaaaa!!! Tu dia, terungkap misterinya..
drive belt bm8380
Drive belt yang perlu diganti baru
Drive belt bread maker Elba cik ahkak hancus, berkecai, putus dan entah apa-apa lagi gelaran yang sesuai bagi menggambarkan situasi tu..dasyhaatttt!!!. Yang ni bila abang mekanik dah bedah post mortem segala, baru dapat di keluarkan drive belt. Tu pon punya lah payah nak bukak, skru mata tiga ada, skru mata empat pon ada.  Membakar lemak sungguh time bukak bread maker ni, tau. Drive belt atau ada orang gelar timing belt ni, agak amik masa jugak SB carik kat tenet mana orang ada jual.  Pakcik Google dan Mak Youtube cakap, drive belt putus atau renggang adalah kerosakan biasa pada bread maker. Alahaaiii.. mau tak nya cik ahkak kena gi mengadu dan korek kat gerai Pakcik Lelong, market Makcik Mudah.com, Uncle Amazon lagi..naik kematu hujung jari cik ahkak tekan-tekan keyboard.  Last-last, sangkut kat gerai Pakcik eBay US.

Aaaaa... pinjam gambar dari Pakcik eBay. Macam ni la rupa drive belt @ timing belt untuk bread maker Elba cik ahkak.  Huhuuuu...kena korek tabung Paypal cik ahkak lagi lah ni.  Harga?!!.. Nanges aiklio basi japp cik ahkak.  Pakcik eBay jual dengan harga USD 16.49 (kejut beruk japp) tambah postage USD 13.25 .. huhuuuuu!!! Nanges tak berlagu lagi cik ahkak sambil tu garu-garu kepala takda ketombe.  Last-last, cik ahkak contact seller tu sendiri, mintak diskaun dengan muka tak malu you you .  Nasib cik ahkak sungguh la baik.. Seller tu Pakcik Danny baik hati, tak sampai 4 jam, terus dia balas e-mel cik ahkak dan bagi kurangkan harga dari USD 16.49 ke USD 10.49.  Hihiiii..lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak pastu.  Cepat je cik ahkak buat payment guna paypal, baki tinggal la sejemput USD,.tak mengapa lah, hanya kerana bread maker kesayangan cik ahkak, apapon sanggup.  Sekarang ni cik ahkak tengah tunggu la barang tu, lama lagi laaa.. hari ni check shipment item, masih lagi kat Orlando, US.. Dengan penuh sabar cik ahkak tunggu kedatangan drive belt ni. Sekian.

Cucur Ubi Kayu..pernah makan??

Salam sejahtera. Update entry sarapan hari ni. Makan apa pagi ni, uolls?. Penah dengar atau makan cucur ubi kayu?. Cik ahkak luar sana tu yang datang sezaman purba macam SB tak kan tak pernah merasa ubi kayu. Sedap ooii!.


Nahh, ubi kayu siap potong kecil-kecil dan di rebus hingga empuk bersama garam sikit. Toskan hingga kering. Saiz terpulang pada citarasa memasing. Nak potongan besar gedabak, masuk mulut pun tak muat..sukati la. Saiz bite size pon boleh, bebudak senang nak makan.


Rahsia salutan tepung goreng rangup?.. Cik ahkak kongsi sini, senang beb!. Campurkan tepung gandum dengan baking powder banyak mana pon boleh. Tapi jangan lebih dari sukatan tepung gandum,k. Nak lagi senang?.Guna ja tepung goreng pisang dalam kotak sedia terjual..hihihiii.. Bubuh garam lagi sikit pastu bancuh dengan air masak, gaul dan pastikan adunan tidak terlalu cair.  Peram seketika dalam 2-4 minit adunan tu.


 Salut ubi kayu rebus tu dengan adunan dan deep fry hingga warna keemasan dan garing. Sedap dihidang panas-panas bersama kopi secawan.  Sekian.